Posts Tagged ‘perniagaan’

TERKINI… ECO TV

Friday, October 30th, 2009

Salam sejahtera semua ahli-ahli kumpulan Empayar.com

TERKINI… ECO TV
Harapan saya agar kita sama-sama dapat berkongsi segala ilmu pengetahuan serta memanafaatkan segala ilmu ini secara bersama, semoga dapat memajukan lagi perniagaan & ekonomi kita semua.

KLIK SINI

Cara-caranya, Pilih :

- Video (Koporat Video/EcoBelle HydroMiracle Mask Video/Nu3. Acai Plus Testimoni Video)
- Berita
- Keratan Akhbar

Terima kasih

MLM LOVER
Sazali Abu Hassan

CERITA SELEPAS RAYA

Monday, September 28th, 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Sebelum saya mula bercerita, rasanya masih sempat lagi ingin saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf, Zahir & Batin.

Baiklah, minggu lepas apabila saya pulang beraya di kampung, saya telah bertemu dengan rakan-rakan sekolah lama..almaklumlah sesekali berjumpa banyak juga perkara yang sempat kami semua bincangkan dan yang menariknya salah seorang dari rakan saya bertanyakan tentang kesahihan satu laman web yang telah beliau sertai.

Selepas penelitian & pengkajian bersama rakan2 saya, ternyata laman web tersebut hanya menjanjikan perkara yang indah2 sahaja dan tak masuk akal langsung…bayangkan keuntungan hampir 500% TANPA perlu melakukan apa2…hanya bermodalkan RMXXX sekali sahaja…kemudian tunggu bayaran tiap-tiap bulan…(pelik tapi benar..tapi yang menariknya ramai orang2 kita yang join..)

Namun, jujur saya katakan, dan berdasarkan daripada alamat laman web yang diberikan kepada saya, hampir 95% adalah web yang berunsur “skim cepat kaya” dan “tawaran keuntungan” semata-mata.

Jadi hari ini saya ingin berkongsi beberapa TIPS ringkas yang boleh anda gunakan sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan diri anda daripada terpengaruh dan terpedaya dengan janji-janji kosong sesetengah laman web ini.

$$$$$$
TIPS 1
$$$$$$

Tenangkan MINDA dan lupakan konsep pemikiran “AKU NAK BUAT BANYAK DUIT DARI INTERNET DENGAN CEPAT”

Tak ada jalan nak buat banyak duit dengan cepat di internet. Jika ada, semua orang boleh berhenti kerja dan jadi Jutawan.

Minda yang salah dari awal iaitu minda yang inginkan duit semata-mata dari internet boleh menyebabkan anda terpengaruh dengan pelbagai tawaran dan janji-janji kekayaan mudah.

Jika diikutkan hati dan nafsu, sememangnya kita akan terpengaruh dengan “ayat jualan” pada web-web tertentu.

Jadi, betulkan minda anda terlebih dahulu.

$$$$$$
TIPS 2
$$$$$$

Lupakan dan abaikan laman web-laman web yang menawarkan keuntungan berlipat kali ganda dengan modal rendah atau tinggi serta yang menjanjikan kerja-kerja seperti baca email, tengok iklan, hantar email, klik iklan dan yang sewaktu dengannya.

Web-web yang menjanjikan PULUHAN RIBU juga harus anda jauhi. JANGAN mudah terpengaruh dengan screen shot pendapatan BERIBU-RIBU setiap hari. Nampak memang “WOW… kagumnyerrr…!” tetapi hakikatnya bukanlah mudah untuk anda dapat seperti itu.

Terdapat banyak proses dan “learning curve” yang perlu anda tempuhi.

$$$$$$
TIPS 3
$$$$$$

Jauhi laman web atau tinggalkan terus laman web jualan yang agak sukar untuk melihat siapakah tuan punya badan, maklumat nak hubungi, menggunakan nama nickname seperti (abang Z, uncle P dll), serta testimonial yang tidak sahih.

Fikirkan, kenapa anda ingin berurusan dengan seseorang yang mahu menyembunyikan identiti diri? Adakah kerana mereka takut untuk mendedahkan siapa mereka kerana mereka melakukan kesalahan atau produk mereka tu tidak benar?

Perhatikan juga testimonial-testimonial yang berada di dalam laman web mereka. Kebiasaannya testimonial tersebut terlalu memuji si pemilik produk dan kewujudan pemberi testimoni tak dapat dikesan.

Jika produk-produk yang berasaskan “Buat Duit Di Internet”, boleh dikatakan 99% pemberi testimoni akan turut membekalkan alamat web mereka sekali.

Jadi mengapa harus kita berurusan dengan penjual yang menyembunyikan diri dan menggunakan testimonial palsu? Adakah semuanya palsu?

Tidak dinafikan juga ada laman web yang mendedahkan kesemuanya tetapi produk tidak juga berkualiti (tiada research). Namun, sekurang-kurangnya kita kenal siapa orang itu berbanding berurusan dengan seseorang yang langsung tak dikenali dan tak dapat diketahui latar belakangnya.

$$$$$$
TIPS 4
$$$$$$

Lupakan web yang menggunakan perkataan “JOIN”.

Anda mungkin pernah mendapat email SPAM yang sentiasa mengirimkan maklumat menyuruh kita “JOIN PROGRAM” A, B, C dan sebagainya.

Biasanya email-email ini akan mengatakan, dengan hanya modal RMXX, anda bakal meraih RMXXX,XXX… Taja 2-3 orang, untung 10 level, dan sebagainya. Yang BEST nyer lagi ader yang hanya bermodalkan RMX anda bakal menerima RMXX,XXX.. Fuuuyoooo…

Saranan saya, lupakan saja. Hal ini adalah kerana program-program tersebut tidak sahih dan besar kemungkinan adalah berbentuk SKIM cepat KAYA saja.

Jangan mudah terpengaruh dengan “program-program baru” ataupun program-program berunsurkan “pelaburan”. Sekali lagi, MINDA haruslah diperbetulkan.

$$$$$$$$
Penutup
$$$$$$$$

Akhir kata, saya berharap perkongsian, penerangan dan tips-tips yang saya berikan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mengharungi perjalanan dunia pemasaran Online di internet.

Perkara yang akan menjadi anda kaya di internet adalah apabila anda menguasai CARA BAGAIMANA untuk melakukan PEMASARAN menerusi Online di internet.

Kalau anda ada produk terbaik di dunia sekalipun, tetapi tak tahu cara nak memasarkannya, maka tiada gunanya.

Akhir kata, belajarlah dan kuasailah aspek pemasaran online di internet (Internet Marketing) dengan segera dan lupakan segala macam bentuk janji-janji buat duit. :) Salam AidilFitri & Semoga segala usaha kita selama ini akan diberkati olehNYA.

Salam Ikhlas

MLM LOVER

Sazali Abu Hassan | Admin Empayar.com

HENDAK ATAU TIDAK..???

Thursday, September 10th, 2009

Salam Sejahtera semua,

Harap anda semua sihat senantiasa disamping menjalani ibadah puasa yang hampir sudah sampai di penghujungnya, so… topic saya hari ini ialah jadilah diri kita diantara masyarakat yang suka berniaga..!!!

Mari kita renungkan bersama. Saya selalu terfikir, ekonomi kita semakin hari menjadi semakin lemah. Kita tidak pandai menguruskan wang. Kita sering sesak di hujung bulan. Pernahkah kita terfikir bahawa kita ini hanya keluarkan duit gaji sahaja namun tiada pun duit masuk. Kalau masuk pun sekadar cukup bawa famili pergi makan sate Kajang [kalau anda tinggal di Kajang]. Yang lain asyik keluar sahaja, bayar bil, bayar tol, bayar petrol, beli sana beli sini. Hanya gaji hujung bulan sahaja yang menampung kehidupan. Tiada simpanan langsung [Kalau ada tahniah]. Esok, anak nak masuk Universiti, mana nak cari duit yer? Jangan dibunuh cita-cita mereka kerana kita yang tidak mampu menjalankan tanggungjawab.


Kita seharusnya merebut PELUANG berniaga. Berniaga ini tidak sekadar buka gerai burger, jual nasi lemak atau jual water filter seperti iklan yang pernah kita tengok dalam TV. Sekarang ini, cara berniaga cara moden dan cara terbaru adalah menggunakan Internet [Online 100%] - Mudah, Cepat dan Pantas. Mungkin ada yang kata, tak mudah. Namun, saya dah ada caranya. Kalau ada cara, belajar sahaja tak perlu teraba- raba di dalam kegelapan lagi. Itulah yang penting, cahaya yang ada sudah nampak.

Mungkin ada yang akan kata, tak tahu, tak pandai dan tak reti. Itu semua sifat semulajadi manusia. Daripada tidak tahu kepada tahu, daripada tak pandai kepada pandai dan daripada tak reti kepada reti. Yang PENTING, ada KEINGINAN dan ada USAHA. Tidak akan berjaya seseorang itu jika dia hanya berharap tanpa usaha. Jadi, perniagaan Internet… INGAT itu, ini adalah pilihan anda. Persoalannya hari ini ialah: ANDA HENDAK ATAU TIDAK..???

CABUTAN MERDEKA RAYA 3 - 2009

Tuesday, September 8th, 2009

SENARAI PEMENANG CABUTAN MERDEKA RAYA 2009

MINGGU KETIGA : 24 - 30 OGOS 2009

TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG…

TAHNIAH DARI KAMI DI TEAM EMPAYAR.COM

SEMOGA INI AKAN MENJADI DORONGAN KEPADA ANDA UNTUK TERUS BERJAYA DI MINGGU-MINGGU YANG AKAN DATANG.

KETERANGAN KEMPEN SECARA LANJUT SILA LIHAT DIBAWAH

11 SEBAB KENAPA..???

Tuesday, September 1st, 2009

KENAPA SAYA BUAT BISNES INI???
KENAPA MULTI LEVEL MARKETING (MLM)???

WHY..???

Ada 11 SEBAB kenapa saya buat biz ini.

SEBAB 1: DUIT
* Sebab saya takde DUIT lah saya buat biz ini. Saya nak duit tambahan.

SEBAB 2: MASA
* Sebab saya TIADA MASA lah saya buat biz ini. Saya terlalu sibuk mencari DUIT siang malam hinggakan saya TIADA MASA bersama keluarga (anak & isteri). Tetapi DUIT tetap tak cukup-cukup setiap bulan, tak kaya-kaya pun. Dengan biz ini saya ada DUIT extra dan saya ada lebih MASA bersama keluarga.

SEBAB 3: TIADA 3 “S”.
* NO SELLING required. Saya diberi pilihan untuk tidak menjual produk-produk TETAPI jika dapat menjual maka saya akan dapat extra income. Di sini saya cuma promote produk-produk pada kawan-kawan dan jiran tetangga sahaja. Dengan produk yang bagus, maka amat mudah untuk saya membuat promosi.

* NO STOCK. Dengan biz ini, saya tak perlu membeli & menyimpan stok produk-produk. Saya cuma beli untuk kegunaan sendiri & boleh juga dibuat contoh semasa membuat promosi.

* NO SERVIS. Dengan biz ini saya tak perlu ke stokis untuk membeli dan menghantar barang kepada pelanggan. Ini semua melibatkan kos, wang & masa. Semua urusan ini dilakukan oleh pihak syarikat (HQ).

SEBAB 4: NOTHING TO LOSE & NOTHING TO WORRY.
* Tiada apa yang akan HILANG & tiada apa yang akan saya RISAUkan jika saya buat biz ini. Maruah saya juga tidak akan tercalar atau hilang kecuali saya membuat biz yang tidak betul. Saya juga tak RISAU apa-apa kerana kekuatan syarikat, produk & kekuatan ‘marketing plan’nya menjadi pelindung kepada kerisauan saya.

SEBAB 5: NOTHING MUCH TO DO & NOTHING MUCH TO THINK.
* Tiada banyak perkara yang perlu dilakukan & difikirkan seperti mana jika saya membuat biz konvensional yang lain. Saya cuma perlu buat & fikir sebagaimana “orang berjaya/orang kaya buat”. Saya cuma fikirkan bagaimana nak membantu jaringan saya untuk berkembang & bagaimana nak membantu jaringan saya untuk berjaya sahaja.

SEBAB 6: TIDAK BERCANGGAH DENGAN AGAMA SAYA.
* Buat biz ini dengan jujur. Saya tak menipu orang ramai, saya tak putar belit orang ramai, saya cuma berkongsi PELUANG dengan orang ramai. Jika mereka rasa SELESA, maka buat. Jika rasa TAK SELESA maka jangan buat. Saya tak rugi apa-apa pun.

SEBAB 7: MODAL HANYA SEKALI TETAPI UNTUNG BERKALI-KALI.
* Hanya dengan biz MLM SAHAJA yang memerlukan MODAL sekali.

SEBAB 8: PERNIAGAAN MEMPUNYAI LESEN (AJL) YANG DIKELUARKAN OLEH KEMENTERIAN PERDAGANGAN (KPDNHEP).
* Yang penting ada lesen yang diluluskan oleh Kementerian. Rujukan lesen AJL931653.

SEBAB 9: PRODUK BUATAN MALAYSIA.
* Saya nak kayakan Malaysia.

SEBAB 10: BISNES GLOBAL.
* Saya tak perlu ke sana-sini untuk menjalankan biz ini. Dengan hanya duduk di Malaysia, saya boleh buat biz nie ke peringkat pemasaran global.

SEBAB 11: FAST RETURN, BIG RETURN & NO RISK BISNES.
* Saya tak perlu keluar modal yang besar untuk memulakan biz ini. Dengan hanya bermodalkan minimum RM389, saya sudah boleh memulakannya dan berpotensi menjana income maksimum RM680 sehari (RM20K sebulan) dengan hanya satu bonus dari 6 bonus yang ditawarkan (4 bonus HARIAN + 2 bonus BULANAN).

Untuk kaya dan berjaya, anda kena berubah. Apa yang anda perlu ubah? UBAH SIKAP anda dan kerana sikap andalah..anda jadi begini. Ubah cara penggunaan masa, belajar dan sanggup untuk diajar, jangan bertangguh, jangan dengar cakap orang dan jangan buruk sangka pada PELUANG yang datang. INGAT..!!! untuk berjaya, ikut cakap orang yang telah berjaya. Jangan bertangguh. Cari jalan BUKAN beri alasan. Pernahkah anda berdoa untuk menyelesaikan segala masalah anda kepada TUHAN? Tidakkah anda terfikir bahawa KEDATANGAN EMAIL SEPERTI INI BUKAN SUATU KEBETULAN? Mungkin pertolonganNYA telah tiba untuk membantu anda. Jangan bersedih.! Jadilah diantara golongan yang terawal bersama kami disini. TEMPAH KEDUDUKAN ANDA SEGERA..!!!

CABUTAN MERDEKA RAYA 2 - 2009

Thursday, August 27th, 2009

SENARAI PEMENANG CABUTAN MERDEKA RAYA 2009

MINGGU KEDUA : 17 - 23 OGOS 2009

TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG…

TAHNIAH DARI KAMI DI TEAM EMPAYAR.COM

SEMOGA INI AKAN MENJADI DORONGAN KEPADA ANDA UNTUK TERUS BERJAYA DI MINGGU-MINGGU YANG AKAN DATANG.

KETERANGAN KEMPEN SECARA LANJUT SILA LIHAT DIBAWAH

KENAPA..!!! KENAPA..!!! KENAPA..!!!

Friday, August 14th, 2009

Kenapa saya kena buat “side-income”?
KERANA NAK TAMPUNG INCOME SEKARANG YANG TAK PERNAH CUKUP-CUKUP.

Kenapa saya buat “side-income” secara part-time?
KITA ADA BANYAK MASA YANG TERLUANG SEBENARNYA. CUMA RAMAI YANG TAK PERASAN DAN SERING BERKATA “AKU TAKDE MASA”.

Kenapa saya tak buat biz konvensional?
KERANA SAYA TAKDE MODAL YANG BESAR UNTUK MULA BIZ KONVENSIONAL, (CONTOHNYA : KEDAI RUNCIT, STESEN MINYAK). LAGI PUN RISIKO TINGGI, KOMITMENT KENA TINGGI & UNTUNG TAK BESAR.

Kenapa saya buat biz “Multi Level Marketing”?
KERANA MUDAH NAK BUAT DUIT.

Kenapa saya buat biz networking?
KERANA SAYA BOLEH BANTU ORANG LAIN UNTUK BERJAYA. DALAM BIZ NI, KITA KENA BANTU ORANG LAIN UNTUK BERJAYA, BARULAH KITA AKAN BERJAYA DAN BERJAYA BERSAMA-SAMA.

Kenapa saya buat biz e-Commerce/e-Dagang?
KERANA MUDAH, CEPAT & PANTAS.

Kenapa saya buat biz dengan EcoFirst…???
KERANA INCOME MUDAH & PANTAS, DAN KERANA SEBAB-SEBAB DI ATAS. TAMBAHAN PULA BACK-UP SYARIKAT YANG BESAR & KUKUH, MARKETING PLAN TERBAIK DI ABAD INI.

INGAT…!!! Tidak kiralah siapa diri anda dan dimana anda berada, Tidak perlu berjumpa orang, Jimatkan masa, wang & tenaga anda, hanya perlu IKUT SISTEM & CARA, DIJAMIN akan BERJAYA.

Semuanya telah dipermudahkan kepada anda secara “ONLINE 100%”, ANDA hanya perlu memperkenalkan kepada rakan2 anda SAHAJA BISNES HEBAT ini, selainnya kami akan BANTU anda seperti follow up, membimbing anda dan ahli-ahli dibawah anda yang akan membuat perkara yang sama seperti anda buat.Seterusnya, strategi SISTEM dengan “autoplacement” dan “spillover” dibantu sepenuhnya oleh pihak Empayar.com DIJAMIN menghasilkan pendapatan yang lumayan.

INGAT…!!! Masa akan terus berlalu…JANGAN sampai ahli keluarga dan kawan-kawan anda join dengan orang lain, sedangkan anda terlebih dahulu mendapat PELUANG HEBAT ini!!!

THE MORE YOU SHARE…

THE MORE YOU GET…

KEJAYAAN DAN KEKAYAAN

Tuesday, August 11th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga anda semua sihat sejahtera…

Saya ingin berkongsikan satu artikel dengan anda pada hari ini. Semoga ianya akan memotivasikan diri anda.

Setiap orang inginkan kejayaan dan kekayaan dalam hidup. Tetapi sebenarnya ada 3 sebab atau 3 faktor yang menghalang kita untuk mencapai bebas kewangan.

Sebab Pertama: Tidak mengambil keputusan untuk bebas kewangan.

Ya betul…semua orang mengharapkan, malah mendoakan kejayaan dan kekayaan. Tetapi tidak mengambil keputusan yang jitu untuk mencapai kejayaan. Kita silap kerana tidak meletakkan keutamaan kejayaan dan kekayaan di dalam hidup. Jadi, mulai hari ini tetapkan keutamaan kejayaan dan kekayaan dalam hidup.

Jika kita ingin menjadi doktor, kita kena belajar berkaitan perubatan.

Jika kita ingin menjadi peguam, kita kena belajar berkaitan undang-undang.

Jika kita ingin menjadi penyanyi, kita kena belajar berkaitan muzik.

Jika kita ingin bebas kewangan, kita kena belajar mengenai wang.

Sebab Kedua: Menangguh-nangguhkan langkah sehingga menjadi terlalu lewat.

Ya..setiap penangguhan disertakan sekali dengan alasan.

Saya busy lah…

Saya tak ada masa lah…

Saya takde kemahiran lah…

Saya takde duit lah…

dan bermacam-macam lagi alasan. Bak kata Dr Fadhilah Kamsah, “Orang buat duit, kita buat alasan…” setiap alasan yang diberikan logik-logik belaka..yer lah, nama pun alasan…

Setiap manusia biasanya tergerak untuk melakukan sesuatu termasuk mencari duit lebih apabila timbul masalah sahaja. Masa tengah senang, tak ada fikir pun…Buat endah tak endah, tak risau..buat rileks jer…Tak hiraukan apa-apa. Bila dah ada masalah, mulalah kelam kabut. Mulalah mencari penyelesaiannya. kadang-kadang tu keadaan dah terlalu lewat dan sukar melakukan perubahan.

Oleh itu, kita perlu bersedia lebih awal. Orang tua-tua kata, “sediakan payung sebelum hujan”.

Sedarilah…memang terdapat hubungan antara wang dan masa. Jika anda bercita-cita untuk bebas kewangan, mulalah secepat mungkin.

Bayangkan anda inginkan kebebasan dengan menjana pendapatan RM20,000 sebulan pada 2 tahun lagi. Jika anda bermula sekarang, anda mempunyai masa selama 2 tahun untuk berusaha, TETAPI jika anda ingin bermula setahun kemudian, anda hanya ada masa 1 tahun sahaja untuk fight ! mampukah anda?

Jadi, mulakan awal..seawal mungkin. Bila lagi kalau bukan hari ini?

Sebab ketiga : Sikap takut pada kegagalan - anda akan gagal.

Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak meletakkan usaha yang lebih.

Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak memulakan perniagaan.

Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak memulakan usaha.

Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak MELAKUKAN LANGKAH PERTAMA..!!!

Contohnya, saya bagi jelas sikit. Bila anda takut pada kegagalan, anda tidak akan berusaha dengan kuat. Mungkin anda akan cakap macam ni dalam hati,

” Alahh..tak perlu lah buat betul-betul…kalau tak menjadi pun takpe, takde la rugi dan terasa sangat. Kita buat sikit jer..so tak pressure sangat”

Anda silap kalau berfikir macam tu kerana, musuh utama kepada kejayaan adalah, takut kepada kegagalan. Saya ulangi sekali lagi, MUSUH UTAMA KEPADA KEJAYAAN ADALAH KERANA TAKUT PADA KEGAGALAN.

Sebenarnya, kegagalan mengajar kita cara untuk berjaya. Daripada hasil kajian mendapati, jutawan-jutawan dan orang-orang yang berjaya pada hari ini adalah 98% PERNAH GAGAL…

Mungkin mereka pernah gagal dalam perniagaan…

Atau mungkin mereka pernah mengalami hutang keliling pinggang…

Takut kepada kegagalan, menghalang kita mengambil langkah pertama!

Orang yang berjaya adalah, orang yang akan bangkit kembali daripada kegagalan dan terus berusaha dengan meletakkan matlamat dihadapan. Apapun rintangan dan halangan, mereka bangkit lagi… demi matlamat yang harus di capai.

Jumpa anda semua di puncak kejayaan.

Sazali Abu Hassan

- MLM LOVER -

taking viagra woman

Buy Viagra Online cheap gerneric viagra